Monday, 21 December 2015

Trainee Aircraft Maintenance Engineer (TAME) program

Hello, ni first blog aku hehe so korg jgn bash kalau kurang memuaskan xD #brocuba


So harini aku nak post pasal cemana nak jadi engineer aircraft atau lebih dikenali sebagai Licensed Aircraft Engineer (LAE) sbb aku tgk ramai yg minat bidang ni tp taktau mcm mana nak enroll. Nak jd aircraft engineer lain sikit dari engineer2 bidang lain (Mechanical, Civil, Electrical etc..). Haa sebab nak jadi aircraft maintenance engineer korg perlu lesen dan bukannya diploma/degree. So dgn erti kata lain walaupun korg ada diploma/degree in aeronautical pun korg still gak perlu amek lesen. Lesen die dari DCA and korg kene ambik exam sblm korg layak jd engineer.

So, kat mana nak amek lesen? Nak amek lesen korg boleh apply dekat ATO yg boleh bg korg lesen hehe....ni cth2 ATO yg aku recommend.

1.) MAS Engineering Training Centre (METC)
Dulu Metc ni open kat public tp sejak kebelakangan ni diorg tutup, sebab die aku pun tak sure tp aku rasa diorg tgh downsizing so belum ready nak open balik kat public kot. Tp still korg boleh join metc ni melalui yayasan peneraju, korg boleh google yayasan peneraju and search juruteknik pesawat berlesen kat page dia. Yayasan peneraju ni program biasiswa untuk bumiputra sahaja and intake diorg adalah sangat limited. (100 org setahun). Yayasan peneraju akan shortlist nama pemohon dan yg layak akan dipanggil utk test dan interview. Test apa? Nanti aku explain. Interview die ada 2 stage, satu dengan MAS, diorg nak tau pasal knowledge korg pasal airplane, nak tips? korg study how aircraft fly, aircraft parts and functions, bernoulli, newton's 3rd law dgn tools. Stage 2 interview dgn yayasan peneraju. Yg ni killer interview, kalau korg do well dlm interview ni insyaAllah korg dapat la biasiswa tu. Interviewer ni akan saiko korg tanya asal nak masuk course ni, kenapa korg layak menerima biasiswa ni, apa kelebihan korg berbanding candidate lain dan banyak lg, korg kene prepare mental, yg penting, jgn nervous and jawab dgn confidence. And semua interview adalah dalam english ya. Program adalah 5 tahun, 4 tahun amek lesen + 1 type rating dekat sepang (KLIA). Elaun diberi. Nak masuk memang susah tp no hal korg boleh try apply sbb mane tau kan? Rezeki ada kat mana2 hehe

2.) Aero Precision Resources (APR-ATC)

Yg ni bg aku the best place to enroll. Yg down side die adalah korg kene bayar hehe (Still no problem boleh loan MARA or yayasan negeri). Tp apr bukan lg 'newcomer' dlm bidang aviation ni and diorg soon akan jadi MRO sendiri. Yg aku recommend sgt APR ni sbb OJT (on job training) die akan dekat merata2 tempat. And die bukan seperti ATO2 lain (2 taun teori + 2 taun OJT). APR 3 bulan teori, 2bulan OJT (contoh). So korg takkan mudah lupa apa yg korg study. Maksud aku merata2 tempat ialah first mungkin korg OJT dekat subang, and next OJT korg dekat Melaka and next lagi mungkin dekat Sabah&Sarawak. So experience korg ada dekat mana2 and korg akan lebih exposed. METC hanyalah utk MAS/MAB tp apr mungkin bg korg dekat firefly, air asia, airod or any other MROs. So korg akan berkenalan dgn mcm2 airlines/MRO and mana tau diorg akan offer kerja lepas korg dpt lesen nnt.


3.)MIAT

MIAT pun ok gak so far takde lagi dengar complain. Mcm APR miat pun korg kena bayar sendiri or boleh apply loan/scholarship. Yg downside MIAT ni dia akan bg korg lesen melalui EASA syllabus (european syllabus) dan bukannya DCAM syllabus (Malaysia syllabus) so korang nak kerja nanti akan ada sedikit problem. Korg kene apply utk convert lesen tu ke DCAM baru boleh kerja kat sini. Yg upside nye? Korg boleh la apply kerja kat europe kalau korg nak hehe


4.)MATA

MATA dari segi facilities mmg terbaik tetapi harga die jauh beza dgn APR/Miat hehe.
Kalau korg berkemampuan apa salahnya.


So yg aku cakap pasal test tadi semua ATO diatas akan conduct 1 test and interview sblm korg boleh masuk. Test die adalah aptitude test. Test die nampak senang (english + Mechanical reasoning) and ramai akan cakap senang tp aku advice korg prepare utk test tu. Korg search kat youtube Mechanical aptitude test and korg study dari situ. Walaupun senang tp better prepare lah kan? Hehe

TAME program ni korg boleh join direct lepas SPM or kalau korg nak amek diploma pun ok gak sebagai backup. Yg paling penting kalau korg nak jadi aircraft engineer make sure korg betul2 minat nak jadi aircraft engineer. Kalau korg just nak duit or gaji die yg lumayan better korg pursue career lain sbb nnt susah nak bgn pagi  trust me :)

So aku nak mohon maaf kalau ade yg tersilap kata or ada info yg tersilap, harap entry ni boleh membantu korg. Assalamualaikum.